Wednesday, November 9, 2011

Najib balek hari ini bakal sambut pulak 5 UMNO nak Lompat kih kih

Saya malas nak komen cuma saya petik dari blog Selamatkan UMNO (sini) Blog UMNO yang tulis bukan Blog PR. Mereka pun dah berani menderhaka huhuhuhu. Apa sebab?


5 Ahli Parlimen UMNO bakal lompat parti esok?

Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.

Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga.

Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat.

5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya.

Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya.

1 comment:

  1. Ijoks2009 cakap:
    Ni betul-betul nak lompat ke atau saja buat gimik?
    Kita tunggu dan lihat.

    Pak kodok cakap:
    Umno kata umno tak adil,
    umno cakap umno pilih bulu,
    umno cakap umno zalim,
    umno cakap umno telingkah,
    umno cakap umno tolol,
    biarkan..biarkan..

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.