Tuesday, November 29, 2011

Kaka kaka
Baru nak bayar
Talian hayat
UMNO pada
Petani pula
kaka kaka

Bila Audit bersuara, depa kalut nak bayar kaka kaka

Tunggakan insentif IPH dibayar: Noh
Oleh : MOHD FIRDAUS YON
Tarikh : November 29, 2011
Datuk Seri Noh Omar

ULU TIRAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjelaskan tung­gakan pembayaran Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH), kepada pesawah berjumlah RM110 juta mulai 4 Disember.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pemba­yaran insentif IPH itu disifatkan sebagai berita baik kepada 73,291 pesawah di negara ini.

Menurutnya, buat permulaannya, kira-kira 1,000 pesawah berjaya meningkatkan hasil padi sejak 2007 di Selangor akan menerima ba­yaran berkenaan secara tiga peringkat.
“Peningkatan hasil padi melebihi setan metrik mela­yakkan pesawah ini, menerima insentif IPH RM650.

“Sekiranya 10 tan metrik, sejumlah RM1,300 nilai insentif tambahan turut diberikan,” katanya ketika Majlis Pelancaran Projek Penanaman Nanas MD2 Kulim (Malaysia) Berhad di Ladang Ulu Tiram di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Abd Aziz Kaprawi dan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim.

Sebelum ini, beliau memberi jaminan kementeriannya akan menjelaskan tunggakan pembayaran insentif IPH kepada pesawah.

Katanya, kerajaan sudah meluluskan peruntukan tambahan RM117 juta, baru-baru ini, untuk dibayar kepada pesawah yang belum menerima insentif itu.

Noh berkata, tertunggak bayaran insentif RM110 juta seperti dilaporkan Ketua Audit Negara 2010 sebenarnya disebabkan, tidak dapat membuat pembayaran berikutan belum mengenal pasti jumlah sebenar pesawah yang berjaya meningkatkan hasil padi.



Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.