Wednesday, November 9, 2011

Inilah kehidupan di Malaysia:

20 penjenayah rompak enam beranak tonton televisyen



Letchumanan yang cedera dirompak ketika menonton televisyen
di rumahnya di Ladang Alfa Bernam, Hutan Melintang malam kelmarin


HUTAN MELINTANG – Enam sekeluarga yang leka menonton televisyen dengan pintu rumah terbuka dikejutkan dengan kehadiran kira-kira 20 tetamu tidak diundang merompak rumah mereka di Ladang Alfa Bernam dekat sini kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 11 malam, M. Letchumanan, 56, cedera parah ditetak di kepala dan dada oleh kumpulan penyamun yang turut disertai empat wanita.

Letchumanan memberitahu, dia, isteri dan empat anaknya tergamam melihat kehadiran penjenayah itu yang masing-masing bertopeng dan bersenjatakan parang atau besi mengepung mereka di ruang tamu rumah.

Penjenayah yang kelihatan bengis itu kemudian mengarahkan dia sekeluarga supaya diam dan mengikut arahan mereka.

“Ketika itu, penjenayah itu menggeledah seluruh rumah kami dan melarikan wang tunai berjumlah RM5,000, barangan kemas dianggarkan bernilai RM5,000 dan beberapa telefon bimbit,” kata Letchumanan ketika ditemui Kosmo! di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini semalam.

Sebelum kumpulan penjenayah itu beredar, mangsa memberitahu, dia yang geram melihat rumahnya digeledah cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara dia dengan seorang penjenayah itu.

Namun dalam pergelutan itu, Letchumanan cedera parah akibat ditetak dengan parang di kepala dan dada.

Tiga anaknya juga cedera ringan terkena libasan parang penjenayah terbabit ketika cuba menyelamatkannya.

Letchumanan dikejarkan ke HTI sebelum kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Hutan Melintang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, setakat ini empat wanita berusia lingkungan 26 hingga 57 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, baki 16 lagi suspek sedang diburu dan kes tersebut diyakini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

KOSMO

1 comment:

  1. NILAH KEHIDUPAN DI KOTEBARU...............ok buat gapo tempat ni?N.AJIS dah tok mampo nok handle malunya ambo depan Rasullah dan Depan Allah SWT nanti...............Aktiviti Pelacuran Di Kelantan Terus Rancak
    by Sheih on October 29, 2011



    Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz



    Pelacur yang dilanggan dari Lorong Limau Manis dalam operasi Johnson 2.

    Pahat dengan pemukul? Atau makan gaji buta? Penguatkuasa di MPKB-BRI tidak perlu beri jawapan tetapi perlu terus bertindak.

    KOTA BHARU 14 Feb. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.....

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.