Sunday, November 20, 2011

Debat : Dah Agak dah ... Alasan Khairy ...

Dah agak dah... surat jemputan di atas dah Rafizi hantar melalui melalui faks, email dan pos laju kepada Khairy di alamat ibu pejabat UMNO 18 November 2011 tapi 19 November 2011 Lidah Rasmi UMNO melaporkan.. korang baca kat bawah..
Photobucket
Debat: Khairy masih tunggu surat Mohd. Rafizi

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih belum menerima surat undangan cabaran berdebat daripada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung isu projek lembu fidlot.

Sambil mengulangi kesediaannya menyahut cabaran tersebut, Khairy berkata, sebaik surat itu diterima, beliau akan melihat kesesuaian sebelum membuat keputusan muktamad untuk masa dan tarikh debat.

“Ya saya sudah bersedia. Cuma saya perlu melihat tarikh dan masa yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak dan selepas tarikh muktamad diputuskan, baru kita akan berbincang soal format dan tempat (berdebat).

“Tetapi saya masih belum terima surat itu. Mungkin sehari dua lagi saya akan terima,“ katanya ditemui pada perlawanan bola keranjang Cabaran YBs Can Jump di sini hari ini.

Beliau ditanya perkembangan cabaran debat oleh Mohd. Rafizi berhubung isu projek lembu fidlot yang turut menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang di Dean Rakyat.

Mohd. Rafizi sebelum ini pernah mencabar Khairy berdebat dan ia diterima dengan penuh yakin oleh Ahli Parlimen Rembau itu. Lidah Rasmi UMNO

Sumber

1 comment:

  1. Tak sabar nak lihat Pemuda LEMBU ini
    berdebat kerana kebanyakan pemimpinx
    parti ini semuanya keturunan LEMBU
    yang tiada 'quality'sebagai seorang
    pemimpin.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.