Thursday, October 27, 2011

Mahathir Terus perlekeh hukum Islam

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,”

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.

Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

MI

5 comments:

  1. Kalau kau nak kesaksamarataan macam kepala hotak kau... apasal umat Islam sembahyang 5 waktu sekali hang tak ajak kafir tu sembahyang sekali... sedangkan masa ni kita berhukum dengan Perlembagaan Lord Reid... bukankah Islam Agama Rasmi Persekutuan.

    Kenapa tak suruh kafir berpuasa di bulan ramadhan... sedangkan orang Islam berpuasa... ini baru adil ikut kepala otak kau.

    Kami orang Islam berkhatan, kenapa tak suruh si kafir tu berkhatan jugak.... kan perlu adil ikut kepala otak kau.

    Mahathir ni terus terang aku kata memang layak jadi kafir... termasuk yang menyokongnya.

    ReplyDelete
  2. Kamu manusia ke Mahathir?October 28, 2011 at 12:58 PM

    Xyah pelikla kawan2, Mahathir nie binatang ternakan bukannya manusia.Sapa yang bersetuju dengan Mahathir nie memang dia adalah binatang, pasal hanya binatang yang boleh paham bahasa binatang.Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqoroh yang orang2 yang seperti ini seperti binatang ternakan, bahkan lebih teruk lagi..

    ReplyDelete
  3. Salam,kalau bolehlah, PAS jgn layan omelan sasau org tua nih.. Dia saja nak pancing PAS dgn isu hudud yang mana kalau silap cakap boleh merugikan PAS...Hidup PAS..

    ReplyDelete
  4. Cerita mamak ni tipu tuhan kat sini

    http://dongengtoknenek.blogspot.com/2013/02/kisah-mamak-malbari-menipu-tuhan.html

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.