Thursday, September 29, 2011

[Bergambar] Terengganu Dihentam Tempias Taufan Nesat, Festival Pekan Budaya Musnah

Belum sempat Festival Pekan Budaya Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu melabuhkan tirainya esok (29 Sept 2011), ia telah dihentam ribut kuat malam tadi yang menyebabkan keseluruhan festival tersebut musnah samasekali.

Sebanyak 18 buah khemah pameran dan 32 khemah jualan sempena Festival Pekan Budaya hampir musnah akibat dipukul ribut kira-kira 9 malam tadi, demikian lapor fotoBernama.
KGB

Festival tersebut yang bermula sejak seminggu yang lalu disertai oleh 17 buah agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Perlbagi acara telah berlansung sepanjang karnival tersebut seperti pertandingan memancing, pameran oleh agensi kerajaan, gerai jualan, permainan dan persembahan tradisional, persembahan nasyid, persembahan artis-artis jemputan serta Kuala Terengganu idol (karaoke).

Di dalam kejadian ribut yang melanda malam tadi, pintu gerbang Festival patah dan tumbang, manakala banyak dahan-dahan pokok menghempap kenderaan di Dataran Shahbandar.

Keadaan menjadi lintang pukang dengan khemah-khemah jualan terbalik dan roboh akibat dihentam oleh ribut berkenaan.

Malah terdapat bot yang karam akibat dipukul ribut di tebing Sungai Terengganu berhampiran Dataran Shahbandar.

Ramai berpendapat bahawa ribut yang melanda malam tadi adalah tempias daritaufan Nesat yang melanda Filipina yang telah mengorbankan tujuh nyawa setakat ini.








3 comments:

  1. bala Allah sudah sampai... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Jika dilihat secara logik, pakatan haram sepatutnya telah berjaya mencapai kata putus dalam mesyuarat semalam dan keputusannya sepatutnya memihak kepada Nik Aziz untuk melaksanakan hudud di Kelantan kerana Anwar selaku penasihat PKR sokong Hudud, PAS semestinya sokong Hudud cuma DAP saja yang menentang...Jika dibuat secara undian confirm Hudud menang... 2-1..

    Tetapi apakan daya... Anwar terpaksa memihak kepada DAP kerana survival politiknya untuk menjadi Perdana Menteri terletak di tangan DAP iaitu undi cina...maka terpaksalah Anwar tunduk kepada desakan Lim Kit Siang dan juga Karpal supaya membatalkan hajat Nik Aziz....

    ReplyDelete
  3. @Penganut PAS
    Kamu dah makan ubat ke belum ni ?
    Makin menjadi SEWELnya!!! Topik lain
    komentar lain. Ada hati guna nama
    "Penganut PAS" lagi nampak sewelnya.
    PAS tak ada penganut yang ada ahli dan penyokong saja. Kesian mak bapa
    dia, anaknya bodoh sampai ke tua.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.