Wednesday, August 24, 2011

Panel khas: Kami mahu jaminan konkrit Najib tiada PRU, kata PAS



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata perkara yang lebih penting bukan penubuhan jawatankuasa itu tetapi jaminan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tegas beliau: “PAS mahu satu jawapan konkrit dan jaminan daripada Najib bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan dengan melaksanakan cadangan pembaharuan yang diputuskan jawatankuasa khas ini.

“Adakah tidak akan berlaku pembubaran (Parlimen) sebelum jawatankuasa ini selesai menjalankan tugas? Adakah cadangan pembaharuan ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13, jika tiada jaminan (daripada Najib) tiada makna jawatankuasa ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, sekiranya Najib tidak dapat memberikan jaminan itu PAS akan menolak untuk sertai jawatankuasa itu.

“Sama ada jawatankuasa khas ini dirangka daripada tuntutan Bersih 2.0 ia bukan perkara penting . . . yang penting Najib mesti berani mengatakan jawatankuasa ini akan laksanakan cadangan pembaharuan dan hasil jawatankuasa ini.

The Malaysian Insider

1 comment:

  1. Syabas YB Salahuddin, kami bersama anda, PAS,PR, NGO & rakyat dalam perjuangan utk kesaksamaan undi utk setiap rakyat Malaysia yang berhak mengundi. SPR boleh memberi seribu alasan tetapi kami rakyat tidak bodoh utk menerima jawaban SPR begitu saja tanpa disokong dgn bukti yang kukuh. Inilah satu caranya. Yang lebihnya ada pada Bersih 3.0, seandainya kera jaan yang ada masih tidak mahu mengambil iktibar dari Mesir dan Libya. PM Najib, sudahlah, dunia ini terlalu sedikit nikmatnya, jangan nak digadai dgn kesenangan akhirat yang kekal abadi. Masih tak mahu berubah?

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.