Thursday, August 18, 2011

Jika UM - Institusi Tertua kini telah hampir lumpuh!!

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Bagaimana pula nasib, parti memerintah terlama dah 54 tahun?

UM alami krisis kemerosotan?

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Universiti Malaya (UM) didakwa sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon

Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom semasa mendedahkan perkara itu berkata, antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan
.
BH

2 comments:

  1. sebab banyak sangat kangkong di UM. bukan nak jaga martabat ilmu tapi lebih menjaga untung peribadi... bila nak naik pangkat????

    ReplyDelete
  2. Amat serius. Inilah malapetaka keilmuan di negaraku akibat daripada tindakan puak-puak kaki ampu. Malang sungguh. Di universiti lain pun mungkin berlaku perkara yg sama (ampu sana ampu sini). Apa jadi dgn UiTM? Dpt ketua dan juak-juaknya yg haprak. Betulkah begitu? Mudah dpt pangkat profesor kalau ampu ketua. Betulkah begitu? Unisel kena elak jadi macam UM & u lain. I luv Selangor.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.