Wednesday, August 31, 2011

Faktor keturunan di dunia politik Malaysia

Faktor keturunan di dunia politik Malaysia, sejak kemerdekaan hingga kini, sangat ... Bagaimana pandangan Anda tentang politik keturunan? ...

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib dijangka akan menggantikan adiknya Datuk Seri Sulaiman Taib bagi kerusi parlimen Kota Samarahan pada pilihan raya umum akan datang.

NONEMahmud (kiri), yang juga Timbalan Pengerusi Cahya Mata Sarawak, berkata bapa beliau, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden PBB sudahpun mempunyai calon bagi kawasan itu tetapi belum mendedahkan
identitinya.

"Ya, saya memang berminat dalam bidang politik tetapi Ketua Menteri belum memberikan apa-apa isyarat kepada saya setakat ini," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri anjuran Taib di Pusat Persidangan Borneo di Kuching.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk menyahut cabaran sedemikian, Mahmud berkata, beliau sudahpun menganggotai PPB cawangan Kuching sejak berumur 19 tahun.

Minggu lalu, naib presiden kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata Sulaiman merupakan antara anggota parlimen yang tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONEBeliau berkata Sulaiman, yang dicalonkan di Kota Samarahan pada pilihan raya ke-12 pada tahun 2008 untuk menggantikan Taib, telah memberikan gambaran bahawa beliau tidak akan meminta untuk dicalonkan semula.

Sementara itu, Taib yang ditanya pemberita pada majlis itu berkata BN negeri akan melakukan yang terbaik pada pilihan raya itu.

Menurut beliau, jentera pilihan raya BN bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa memandangkan ia baru sahaja menghadapi pilihan raya negeri pada 16 April tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.