PETALING JAYA : Seorang suami yang kemaruk seks sanggup menumbuk, memijak dan memukul isterinya sebaik mangsa enggan mengadakan hubungan kelamin selepas pasangan berkenaan bersahur di rumah mereka di Bandar Sri Damansara, di sini kelmarin.
Tidak cukup membelasah isterinya yang berusia 18 tahun, suami berkenaan turut mengugut mahu membunuhnya dengan pisau pemotong daging kerana kehendaknya untuk melakukan hubungan seks tidak ditunaikan.
Katanya, akibat dipaksa dia menolak pelawaan suami dengan mengatakan jika dia bersetuju dengan pelawaannya, dia akan membatalkan puasa dan tidak akan menghalalkan tindakannya itu.
ASTAGA DIA DIKALAHKAN NAFSU DALAM BULAN PUASA YANG PENUH DUGAAN & UJIAN ! IKTIBAR UNTUK SEMUA MUSLIMIN ,ALLAHU AKHBAR !
ReplyDelete