Wednesday, July 20, 2011

Umno silap besar ‘menjolok sarang tebuan’



Para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno tersilap besar sekiranya menyangka dengan apa yang telah diperla
kukannya terhadap pihak penganjur dan pendokong Himpunan Bersih 2.0 akan memberi keuntungan politik kepadanya.

Lebih tersilap lagi andainya mereka berharap dengan tekanan, momokan dan cereka buruk yang mereka lontarkan terhadap semua pihak terlibat menjayakan himpunan itu akan menghakis sokongan rakyat terhadap perjuangan menegakkan keadilan dan membedah demokrasi negara. Apa yang terhasil ekoran manipulasi jahat BN, termasuk tindakan ganas dan rakus anggota keselamatan dalam menggagalkan himpunan aman itu, sebaliknya bertukar menjadi pembakar semangat dan pencetus gelombang kebangkitan lebih membugar di kalangan pendokong parti-parti pembangkang.


Detikdaily

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.