Saturday, July 2, 2011

TANGISAN TANJUNG PAGAR -- DIMANA KAN KU CARI GANTI



>Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang


.

3 comments:

  1. BILA DAJAL DIANGKAT MEMERINTAH NEGARA MAKA AKIBATNYA LINGKOP LAH KHAZANAH NEGARA SATU PERSATU,MACAM PULAU BATU PUTIH, DAN AKAN ADA LAGI KEHILANGAN DISEBABKAN PANDI KUTTY MEMERINTAH HANYA UNTUK KRONI DAN TEMBOLOK SENDIRI !

    ReplyDelete
  2. Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  3. Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

    Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

    Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

    Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.