Saturday, July 30, 2011

Saya tidak tuduh, Rosmah kena tampil kerana nama kamu ada tertera dalam skrin sistem Kastam


Salam sejahtera,

Jangan lagi teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran ..bukan sesuatu yang mustahil dan tidak boleh ..... ini adalah suatu penapian dari orang yang tidak tahu kedudukannya

Saya petik dari(Keadilan daiy)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan pembelian cincin berlian berharga RM24.45 juta, sebelum menafikan ia sebagai fitnah.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Rosmah tidak memberikan jawapan berhubung maklumat diperoleh pada sistem Kastam di Raja Malaysia (KDRM), malah penafiannya hanya mengundang spekulasi.

“Saya tidak tuduh, Rosmah kena tampil kerana nama kamu ada tertera dalam skrin sistem Kastam. Bukan menepis dengan mengatakan itu semua fitnah,” kata Badrul atau popular dengan Chegu Bard.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga ada membuat siasatan, selepas SAMM membuat laporan pada 13 Julai lalu.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan penafian Rosmah, dua minggu selepas isu itu ditimbulkan.

“Kenapa baru lepas dua minggu, Rosmah baru nak tampil. Kenapa tidak jawab dua minggu lepas. Kita mahu tahu untuk apa cincin berlian itu dibawa masuk?,”

“Minta penjelasan, bukan rekayasa selepas pendedahan itu,” kata beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau


Ayid: Firaun pernah berkata sepertmana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

3 comments:

  1. LOSMAH ADA KESAH ? KAHKAHKAH !

    ReplyDelete
  2. Chegu Bard ada hubungan dengan Wan Azizah. Saya bukan menuduh tetapi meneka.

    Samada Chegu Bard atau Wan Azizah tolong jawab.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Dankuala....hang jangan buat lawak la...Cekgu Bard tanya Rosmah mengenai bukti nama yang tertera dalam maklumat KDRM. Hang boleh bagi bukti apa tentang soalan yang hang tanya tu....Jangan la tunjuk bodoh piang hang tu kat orang.....

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.