Wednesday, July 20, 2011

Laman web Anugerah Ibrahim Ali tak lagi wujud

Butiran Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM telah dikeluarkan selepas dua hari menjadi tajuk perbualan pelbagai pihak yang mempertikaikannya.

NONESemakan Malaysiakini pada tengahari tadi mendapati laman itu tidak lagi wujud berikutan bidasan orang ramai ke atas UiTM kerana didakwa mengesahkan anugerah berkenaan.

Laman web itu sebelum ini memuatkan butiran terperinci anugerah kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dengan menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri.

Impak juga mengumumkan tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober.

NONEBagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini menafikan bahawa pihak universiti telah meluluskan anugerah itu dan berkata pihak Impak “terlepas pandang” isu itu selepas disiarkan di laman webnya.

Dalam kenyataan di Facebook, Sahol Hamid berkata UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarahnya.

“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.

“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” katanya.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.