Monday, July 18, 2011

KIRA-KIRA 500 pelajar institusi pengajian tinggi tempatan terlibat dalam perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KAJANG - Seramai 500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikenal pasti menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu bakal berdepan tindakan tegas daripada pentadbiran universiti masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bentuk tindakan sama ada ringan mahupun berat bergantung mengikut keputusan pihak universiti terbabit berdasarkan bentuk kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, hukuman itu bukan ditentukan oleh kementerian namun Kosmo! difahamkan hukuman membuang dan menggantung pelajar boleh dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Terpulang kepada pihak universiti, tindakan ke atas pelajar ikut mereka. bukan kementerian tentukan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Latihan 1Malaysia bersama Komuniti 1Hulu Langat di Kolej Komuniti Hulu Langat di sini semalam.

Menurut Mohamed Khaled, pihaknya telah menerima kira-kira 500 nama daripada pihak polis dan kini sedang menyiasat sama ada nama tersebut merupakan pelajar universiti atau sebaliknya.

"Kita belum tahu 500 nama itu pelajar universiti dan universiti mana. Ia sedang diperiksa kerana jika dilihat dari sudut umur bagi nama-nama tersebut, mereka tergolong dalam kategori pelajar.

"Setelah kita tahu institusi pengajian mereka, nama pelajar itu akan diserahkan kepada pihak universiti untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Kosmo

1 comment:

  1. Kepada penuntut yang dibuang dari IPT, pihak PR sila pastikan mereka ini diberi pembelaan sepatutnya. Berikan mereka pendidikan alternatif lain supaya mereka ini akan berjaya di dalam bidang yang mereka minati dan di samping itu menjadi musuh No.1 atau musuh tegar kepada UMNO, dulu, kini dan untuk selama-lamanya. Kerana jumlah mereka yang celik maklumat ini bukannya sedikit dan akan digandakan selari dengan kekejaman dan korupsi pemerintah UMNO di masa hadapan.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.