Monday, July 11, 2011

Kaka -ini lah kenyataan yang paling hodoh !!!




Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas. Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya. NONE"Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Shah Alam malam tadi. Sementara itu Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja UiTM

Baca lagi

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.