Saturday, May 14, 2011

Taliban Balas Demdam Kematian Osama

MANGSA  menunggu di dalam trak sementara menanti bantuan di sebuah hospital di Peshawar, semalam.
MANGSA menunggu di dalam trak sementara menanti bantuan di sebuah hospital di Peshawar, semalam.

SHABQADAR: Seramai 80 orang terbunuh dalam dua serangan bom ke atas sebuah pusat latihan polis separa tentera di sini semalam.

Taliban Pakistan mendakwa ia serangan besar-besaran pertama mereka bagi membalas dendam terhadap pembunuhan Osama bin Laden.


Jurucakap polis, Liaqat Ali Khan berkata, 66 daripada yang terbunuh itu ialah kadet.

Kira-kira 140 orang cedera, 40 daripada mereka parah dalam serangan paling buruk di negara itu tahun ini.


Kejadian berlaku ketika anggota 900 anggota kadet berpakaian awam bersiap sedia menaiki bas untuk bercuti 10 hari selepas menamatkan latihan selama enam bulan, kata polis.


Dua pengebom terbabit dalam serangan berkenaan. “Penyerang pertama tiba dengan motosikal dan meletupkan bom yang disembunyikan di sebalik baju dalamnya ketika berada di celah anggota kadet terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Charsadda, Nisar Khan Marwat.

“Apabila anggota kadet lain cuba untuk menyelamat rakan mereka, pengebom kedua tiba dengan sebuah motosikal lain dan meletupkan dirinya,” katanya.


Jurucakap Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan berkata, ia adalah tindakan membalas dendam terhadap kematian Osama. “Serangan lebih besar akan dilakukan di Pakistan dan Afghanistan,” katanya kepada AFP menerusi telefon dari lokasi yang tidak didedahkan.

Metro

1 comment:

  1. Gua sedihh..Orang Islam jugak yang jadi mangsa,pi la serang orang kafir amerika tu..macm mana jadi macm ni..??

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.