Tuesday, April 12, 2011

serangan ke atas blog pro pakatan bermula


Sepertimana dilaporkan perakite.blogspot.com beberapa hari lepas, semua blog dan portal pro Pakatan Rakyat akan menghadapi masalah apabila semakin hampir dengan hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak .. sama ada dilencongkan, diserang (hacked) atau sukar dilayari kerana sekatan bandwidth dalam usaha UBN menyekat aliran maklumat kepada rakyat.

Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.
Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.


Tarikh mengundi masih ada empat hari lagi, namun tempoh tiga hari berkempen inilah yang kritikal bagi sesuatu pilihanraya dan kini UBN dipercayai sedang berusaha menyekat aliran maklumat kepada rakyat menjelang tarikh-tarikh akhir berkempen.
Talian hayat rakyat ini mula disekat agar maklumat tidak diperolehi oleh rakyat kecuali melalui media arus perdana.. yang merupakan pencacai UBN..
Hari ini nampaknya, laman Malaysiakini berhadapan masalah teknikalserius apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd dikhabarkan mula mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik laman itu.
Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.
Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.
"Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini," kata Premesh
PERAKITE

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.