Tuesday, April 26, 2011

Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya

Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini

Baca lagi

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.