Monday, April 18, 2011

PRN Demi politik~~Nik Aziz kesal dituduh kahwin tiga


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal kerana dituduh berkahwin tiga ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berakhir kelmarin.

"Sampai begitu sekali mereka usaha burukkan imej saya. Mereka kata saya kahwin tiga. Saya sendiri pun tak tahu saya kahwin tiga. Namun ini semua tidak berkesan. Buktinya undi yang kita terima meningkat," katanya di sini, semalam.


“Barisan Nasional (BN) gunakan segala kemudahan kerajaan termasuk radio, televisyen dan akhbar tetapi, kita berjaya tingkatkan undi begitu banyak dan kita mempunyai harapan yang tinggi di akhirat kelak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam tindakan BN yang menggunakan serangan peribadi termasuk memanipulasi kes dakwaan zina terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan.

4 comments:

  1. Puak-puak celaka tu mana ada akhlak. Moga satu hari kamu terpaksa minum air kaki orang yang difitnah, Ameein.

    Mamu HAng

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat dan my brother,
    kalau betul Tokguru kawin tigapun apa salahkah berkahwin bukannya simpan gundik atau rogol anak dara orang,Taib Mahmud lagi hebat,Isteri dan anak-anak dia lagi ramai..

    ReplyDelete
  3. Jiwa sentimental... aku pun kalau dituduh aku ada bini tiga aku pun marah... sebab aku belum berbini lagi... sedih tau, nak bini satu masih tercari-cari sebab ongkos tak cukup... ni dah dah dituduh berbini tiga.

    ReplyDelete
  4. memang tak patut buat tuduhan macam tu. mana la nak larat lagi orang tua tu, yang satu tu pun tak tau la... hehehe

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.