Sunday, March 20, 2011

PERLUKAH TPM BERCAKAP SEPERTI INI!!!


SRI AMAN - Penduduk Sarawak perlu menolak ‘hantu dan jembalang’ yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang menjadi asas terpenting kepada kestabilan politik.

“Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang. Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia,” katanya di majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari sini semalam.

Muhyiddin berkata hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang.


Baca lagi SH

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.