Monday, March 14, 2011

Keranda untuk Guan Eng selepas ini? Semalam,Keranda tersebut ditempah khusus untuk Wei Aik yang juga Ahli De Undangan Negeri (ADUN) Komtar.

PULAU PINANG 13 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diberi tempoh kira-kira sebulan untuk menyelesaikan masalah dihadapi oleh orang Melayu di negeri itu seperti terkandung dalam memorandum Majlis Gabungan Pertubuhan (NGO) Melayu Islam.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil oleh Guan Eng dalam tempoh tersebut, pihaknya akan menghantar keranda seperti yang dilakukan terhadap Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik semalam.

Selain itu, beliau juga akan menganjurkan demonstrasi lebih besar jika Setiausaha Agung DAP itu terus mendiamkan diri dan tidak mengendahkan amaran tersebut.

"Guan Eng kena ambil tahu masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di Pulau Pinang.

"Kalau dia tidak masuk campur dalam tempoh sebulan ini, saya akan hantar keranda untuk dia pula.

"Ambil iktibar dengan kejadian semalam, buatlah mesyuarat dengan Exco-Exco, jangan buat endah tak endah," katanya di sini hari ini.

Semalam, kerajaan DAP Pulau Pinang 'dihadiahkan' keranda oleh gabungan NGO Melayu sempena tiga tahun pentadbirannya.

Keranda tersebut ditempah khusus untuk Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar.

Selain itu, memorandum berkenaan antara lain menyatakan kekhuatiran rakyat khususnya orang Melayu terhadap tindakan-tindakan Guan Eng sepanjang tiga tahun mentadbir negeri turut diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas semalam.

Mohamed Ghani sebelum itu menyertai perhimpunan secara aman mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Kira-kira 30 orang dari tiga NGO menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di depan Masjid Jamek Jelutong di sini.

Mereka merupakan ahli-ahli Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Gabungan NGO-NGO Melayu Pulau Pinang.

Utusan Malaysia Online - Politik

3 comments:

  1. dah main ugut bunuh pula...sudah2 la UMNO.

    ReplyDelete
  2. DIA TU MAMAK SESENTUNG DENGAN MAMAK KUTTY MALBARI APAA NAMAA TU ! MACAM UMNOI PENANG MANA ADA MELAYU 100% ,BOLEH KIRA BERAPA EKOR MELAYU DALAM UMNOI PENANG DAA ! BANYAK GENG-GENG SHAIK FAZIL DAN AZEEZ DAA !

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.