Saturday, February 12, 2011

HOSNI MUBARAK TINGGALKAN KAHERAH!!

KAHERAH, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia).

Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera.

Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan.

Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu. MI

2 comments:

  1. Allah Akbar....
    Jadikan generasi Islam akan datang lebih terdidik dengan Sunah RasulMu dalam menegakkan kebenaran...
    Lonjakan semula Kegemilangan Tamadun Islam melalui Universiti Al-Azhar yang pernah melahirkan ribuan Cendikiawan Islam sewaktu Islam Subur di Mesir...
    Kembalikan kegemilangan itu...
    Demi untuk Allah....
    Demi Untuk Islam...
    Demi untuk peradaban manusia luhur...

    ReplyDelete
  2. VIVA EGYPTIAN VIVA EGYPTIAN VIVA EGYPTIAN. WAKE UP MALAYSIAN...NOW IT'S YOUR TURN. UMNO/BN YOUR DAYS NUMBERED.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.