Thursday, February 3, 2011

Giliran Yaman Berdemonstrasi Menentang Kerajaan Presiden Ali Abdullah Saleh

Thursday, February 3, 2011

Yaman mula bergolak, rakyat turun berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap pimpinan Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh

Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berucap di Parlimen semalam menawarkan untuk berundur pada 2013 tetapi terus dibantah oleh pembangkang. – Foto Reuters

{Petikan Berita}
SANAA, 3 Feb 11: Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini, menamakan himpunan sebagai “hari berang” sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup.Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini, mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir. Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad.

Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang. Penyokong-penyokong Ali Abdullah memandu di sekitar ibu negara sambil menggunakan pembesar suara menggesa kumpulan prokerajaan agar turun untuk berhadapan dengan puak berdemonstrasi – suasana yang disaksikan di Mesir sejak semalam.{Reuters}

Azhan: 3 buah negara Islam mengalami krisis, rakyat memberontak menolak kerajaan yang zalim. Jika dilihat sejarah kepimpinan Ali Abdullah dan Husni Mubarak, mereka memerintah hampir 3 dekad. Apakah rakyat memberontak besar2an kerana Presiden memerintah terlalu lama?

Di Malaysia, kita ada cth taulan kepimpinan. Tok Guru memerintah Kelantan lebih 2 dekad, tiada pula suara2 rakyat Kelantan nak mogok marah kerajaannya, sedangkan lama juga Tok Guru memerintah. Malah kaum bukan Islam dan orang2 "Melayu" ramai yang sayangkannya ('',) Daripada sejarah yang berlaku beberapa hari lepas, apakah pengajaran dan nilai murni yang dapat kita pelajari hari ni ya murid2.hehe?

Mohamadazhan HjDesa:

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.