Friday, February 25, 2011

Ali Rustam dakwa Malaysia jadi Mesir jika PAS tadbir

JASIN, 25 Feb — Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.

“Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi...demokrasi, sebab itu PAS dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, DAP dapat Penang dan PKR (Parti Kedailan Rakyat) dapat selangor.

“Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap... tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau (gambar) turut berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, menolak calon PAS Yuhaizat Abdullah yang tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu.

“Beliau ini cuma digunakan oleh PAS untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat jelata, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan PAS yang mendulukan DAP,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa calon BN, Roslan Ahmad dipilih atas faktor keluarga, Mohd Ali berkata perkara itu menunjukkan mereka tidak mempunyai modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk PAS, PKR dan DAP.

“Walaupun beliau (Roslan) anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan,” katanya.

Mengulas dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) lambat menghantar pulang pelajar ke Mesir, walhal semua kerajaan pembangkang sudah berbuat demikian, beliau berkata kerajaan negeri BN tidak mahu tergopoh-gapah dan membahayakan nyawa pelajar.

“PAS dia punya kerja lumba sapa cepat hantar pelajar balik Mesir dulu, dia nak hantar cepat dia hantarlah, kita tengok keselamatan... pasal apa di Mesir masih lagi bergolak... kita jangan politikkan pelajar, ini nyawa kan.

“Kita pergi lewat apa salahnya, ini nak hantar besok pun boleh tapi kita kerajaan BN mengutamakan keselamatan pelajar, kalau belum selamat kita tak hantar,” katanya. — Bernama

MI

5 comments:

  1. Kenyatan tahap ini saja Tok Ali woii...hang tau dak Mubarak tu perintah cara apa...Diktator..hang tau dak apa dia tu Diktator....sama la ngan Malaysia cuma berganti ketua saja...

    ReplyDelete
  2. lama dah jadi sejak KUTIPAN TABONG MEMALI abis duit anak yatim janda hilang ghaib kalau tak takan HOHILAL bole rugi berjutajuta SAH ramai kaum SONGLAP DI PAS.

    ReplyDelete
  3. kenyataan yg bodo bwh tempurung oleh ketua menteri,apakah mentaliti seseorang pemimpin umnogok semua mcm itu...

    ReplyDelete
  4. Ijoks2009,,, omak ko lah,,,obama dtg sape yg jmput?,, otak taraf jamban

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.