Friday, January 28, 2011

Isu Lelong Tanah Calon BN : Rakan Buat Laporan Polis




LABIS 27 JAN : Seorang pengundi di DUN Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Nasir bagaimanapun enggan ditemuramah dan mewakilkan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi yang turut bersama beliau di Balai Polis Labis memberi kenyataan kepada para wartawan.

Menurut Khairul, terdapat elemen konsiprasi atau rundingan sulit yang merisaukan Nasir bahawa Mansor menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa dalam hal ini sehingga beliau membuat laporan polis hari ini.

"Yang mencurigakan kita khususnya di pihak Nasir ialah mengapa lelongan itu hanya dilakukan kepada seorang individu sahaja dan beliau mengesyaki terdapat rundingan sulit antara Azahar dan pihak tertentu seperti pembeli," kata Khairul.

Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 12 tengah hari tadi.

Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong atas arahan Azahar pada 1 Disember lalu tanpa notis walaupun Mansor bersedia menebus tanahnya itu.

Mengikut laporan polis itu, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.

Menurut Khairul Polis patut menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan hal yang serius dan atas kepentingan masyarakat.

Malah Khairul berkata Azahar tidak harus risau dan mengambil peluang ini untuk membersihkan nama beliau.

"Kalau berlaku, polis kena siasat, walaupun dia dah letak jawatan, walaupun dia kini calon BN tetapi perlu diselesaikan sebagai usaha membersihkan nama beliau dan menunjukkan integriti yang sepatutnya dibina dalam negara ini.

TVS NEWS

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.