Saturday, December 18, 2010

Lelaki tikam teman wanita 19 kali


KOTA TINGGI - Gara-gara cemburukan teman wanita mempunyai hubungan cinta dengan lelaki lain, seorang lelaki sanggup menikam kekasihnya itu hingga menyebabkan mangsa mengalami keguguran.

Lelaki itu dipercayai menikam kekasihnya berusia 17 tahun itu sebanyak 19 kali.

Mangsa yang mengandung enam bulan itu mengalami pendarahan teruk di rahim akibat tikaman itu.

Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Samsuddin berkata, berikutan itu seorang suspek berusia 42 tahun ditahan dalam kejadian di Felcra Sungai Redan, di sini, kira-kira jam 7 pagi.

“Mangsa ditikam berkali-kali oleh suspek yang cemburu kononnya teman wanitanya mempunyai hubungan dengan ramai kenalan lelaki,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad berkata, lelaki itu juga turut menyimbah teman wanitanya itu dengan asid getah.

Akibat tindakan lelaki itu, hampir seluruh badan wanita itu melecur.

Menurutnya, suspek dipercayai mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan terhadap mangsa apabila dia membawa cuka getah yang diletakkan di bawah pokok berhampiran rumah mangsa.

“Suspek kemudiannya berjumpa mangsa. Mereka dipercayai bertengkar mengenai hubungan mangsa dengan beberapa lelaki lain yang menyebabkan suspek cemburu.

“Difahamkan, suspek rapat dengan ayah mangsa dan dikatakan banyak membantu mereka daripada segi kewangan,” katanya.

Suspek menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram dan mengaku menikam mangsa kerana marah dengan tindakan mangsa yang didakwanya menjalin hubungan dengan beberapa lelaki lain.

“Polis menahan reman suspek hingga 23 Disember ini. Beberapa barangan kes, termasuk pisau, bekas botol cuka getah, gayung dan pakaian mangsa dirampas," katanya.

Muhammad berkata, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail, Pandan, Johor Bahru, akibat kecederaan teruk di perut, belakang badan, tangan dan kaki.



SH



No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.