Tuesday, December 7, 2010

Kapal cuba pindah minyak karam


JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki karam semasa cuba melakukan pemindahan minyak ke kapal lain berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang, Kota Tinggi kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Zulkifili Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

Katanya, berikutan itu sebuah bot laju Maritim Malaysia yang berpengkalan di sini dan sedang meronda di kawasan berhampiran telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 3.6 batu nautika dari selatan Tanjung Ayam.

“Apabila tiba di lokasi itu kira-kira 30 minit kemudian, anggota kami mendapati sebuah kapal tangki karam dengan hanya bahagian hadapan kapal itu masih timbul.

“Siasatan awal mendapati kapal itu, Po Lai didaftarkan di Singapura dengan lima krew dipercayai melakukan pemindahan minyak ke kapal Kam Fong,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam

Kosmo

1 comment:

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.