Monday, November 8, 2010

Oh Politik:PAS guna cara agama serang saya - Zambry

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mendakwa oleh kerana sokongan orang Melayu telah kembali meningkat terhadap kerajaan BN, PAS terpaksa menggunakan cara lama mereka iaitu memainkan agama sebagai isu untuk menarik semula sokongan itu.

Dakwanya, cara itu turut digunakan untuk melaga-lagakan hubungan yang baik antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung amalan khurafat yang didakwa dilakukannya ketika upacara meletak ancak di tiang seri rumah semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu.

"Mereka menggunakan agama untuk menyerang saya. Mereka memainkan agama sebagai isu kerana mereka tahu sokongan orang Melayu kembali kuat kepada kerajaan BN...Saya tidak pernah mempertikaikan pandangan Mufti, berbeza dengan mereka yang hanya pandai mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali di kediamannya di Ipoh, semalam.

Sebaliknya, kata Zambry semasa Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong) memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dengan memegang lilin yang bernyala dan berpakaian serba hitam, tiada pula teguran yang dibuat parti itu.

Pada 22 Oktober lalu, Dewan Pemuda Pas mendesak Harussani memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara meletak ancak pada tiang seri rumah yang mana amalan itu bertentangan dengan akidah Islam.
Pada upacara ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong, Zamri telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya.

Menurut PAS upacara itu diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," kata ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan

1 comment:

  1. kalau betul kata2 silaknat tu baguslah ornang2 melayu memang suka masuk neraka... sokonglah....

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.