Saturday, November 6, 2010

Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu - Malaysiakini

Bekas penyiasat persendirian S Balasubramaniam menyelar kerajaan kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.

"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.

"Ini bukan kesalahan remeh."

Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka Malaysiakini(Sini)

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.