Wednesday, October 6, 2010

Sekolah Harapan Sambut Kelahiran Bayi Pertama

JASIN, 6 Okt (Bernama) -- Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.

"Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita pada hari Rabu.

Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 Sept lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.

Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.