Saturday, July 3, 2010

BELUM LAGI UPSR DAN PMR DI HAPUSKAN BANYAK DAH BUTA MENGIRA

Oleh terlampau ghairah dengan kemasukan 40 ulama ke dalam UMNO, maka sampai Nisbah pengundi baru terbawa pengiraan cara ulama 1: 40.

Kecil dulu suruh mak bapak sek pergi tuang hisap rokok apa susah tak lulus SPM masuk politik, nasib baik jadi ketua Bahagian.

Sekarang macamana, mari kita tengok carta di bawah yang dikeluarkan oleh SPR tentang bancian pengundi baru. Kau orang kiralah sendiri., saya tertarikh kata-kata dari Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ""Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini."


Nisbah 2:1 amat berbeza dengan nisbah 1:40. Dalam kepala otak dok ingat 40 al-alamak yang masuk aje

Petikan dari Malaysia kini melaporkan

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).
Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:

"Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah.

"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.