Wednesday, June 2, 2010

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS - Terselamatkah Malaysia?


Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam. Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu

Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut." "Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen." Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram. Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .
Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.

Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis. Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.


Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab. Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut. = Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.