Thursday, June 3, 2010

Presiden Umno Najib Abdul Razak menolak jemputan Pakatan Rakyat


Presiden Umno Tidak Sertai Himpunan 100,000 Rakyat Kecam Israel

Presiden Umno Najib Abdul Razak menolak jemputan Pakatan Rakyat ke persidangan meja bulat mengecam serangan tentera rejim Tel Aviv keatas misi kemanusiaan Freedom Flotilla.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menghulurkan tangan menyeru Presiden Umno ini untuk turun berhimpun bersama rakyat di Kampung Baru, Jumaat depan.

Perhimpunan di ibu negara ini diadakan sebagai reaksi kepada serangan komando Tentera Laut Israel keatas konvoi membawa 10,000 tan bekalan makanan dan perubatan ke Semenanjung Gaza, yang dihimpit sekatan ekonomi Mesir-Israel.

Pakatan Rakyat akan turut menganjurkan persidangan meja bulat membabitkan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan pada jam 11 pagi di lokasi yang sama.

"Tidak, kita akan debat isu ini di Parlimen pada hari Isnin. Kita akan bentang usul mengecam serangan ganas Israel dan pencabulan hak asasi manusia," kata Najib kepada pemberita di Balai Polis Seapark, semalam.

Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pernah menyaksikan perhimpunan orang Melayu menentang penjajahan British.- TVSelangor

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.