Thursday, June 3, 2010

PANAS-PANAS KINI KUNCI TAK SALAH LAGI- KES LIWAT II

Liwat II: Kondo dilawati, Saiful dipanggil semula


Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas lawatan pihak peguambela ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur.

Mereka melawat Unit 11-5-2 pangsapuri itu yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1, di mana pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa lokasi dia diliwat oleh Anwar, sewal jam 8.45 pagi.

Peguamnya, Karpal Singh, sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.

Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.

Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.

“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.

Pakar forensik dari Australia, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu.

Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia- Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.