Monday, June 7, 2010

Musibah isteri curang


KUALA LUMPUR: Ketika suaminya meringkuk dalam penjara, seorang wanita ligat berfoya-foya di kelab malam bersama lelaki lain hampir setiap malam dan tergamak meninggalkan tiga anak yang masih kecil di bawah jagaan ibu bapa mentua yang uzur.

Berikutan sikapnya yang curang dan tidak bertanggungjawab, ‘isteri terlampau’ berusia 25 tahun itu menerima musibah apabila dia cedera teruk akibat dibelasah abang iparnya.

Sumber polis berkata, wanita terbabit yang mempunyai tiga anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun dibelasah abang iparnya sebaik saja dia selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini, bersama empat rakan kira-kira jam 2.20 pagi, Rabu lalu.

“Ketika mangsa berjalan menuju kereta milik seorang daripada temannya, dia ditahan seorang lelaki yang mendakwa kenalan rapat suaminya. Lelaki itu mengarahkan mangsa menunggu seketika sementara abang iparnya dalam perjalanan ke pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik saja tiba di tempat kejadian, abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun menumbuk muka mangsa bertubi-tubi menyebabkan muka mangsa lebam dan matanya berdarah.

“Selepas puas membelasah mangsa, lelaki itu mengheret mangsa ke balai polis berhampiran dan meminta polis menahan mangsa yang didakwanya lari dari rumah dan sengaja meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil di bawah jagaan bapa mentua yang sudah uzur(Baca lagi)

MyMetro

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.