Wednesday, June 2, 2010

Mesir memang jahat. Dah Terkorban, Baru Nak Buka Sempadan


Mesir, boleh digelar cawangan Israel dalam negara umat islam. Menutup sempadan Rafah semata-mata kerana arahan Israel..memang jahat. Dan semalam selepas tragedi serangan kapal Misi bantuan Gaza yang meragut 19 orang, barulah nak buka sempadan Rafah..memang jahat..semoga Ikhwanul Muslimin di sana dapat menumbangkan kerajaan sekular Hosni Mubarak, yang persis macam kerajaan BN Yahudi di negara ini..


KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam mengarahkan pembukaan sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Semenanjung Gaza, lapor agensi berita MENA.


Arahan itu dibuat sehari selepas serangan maut komando Israel terhadap konvoi kapal bantuan ke Gaza.


"Presiden Mesir mengeluarkan arahan bagi pembukaan sempadan di Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar ke Semenanjung Gaza," lapor MENA.


Menurut sumber keselamatan Mesir, sempadan itu dibuka pada jam 1.30 petang semalam. Tiada tarikh ditetapkan bagi penutupannya.


Sempadan Rafah adalah laluan tunggal yang tidak termasuk dalam kawasan Israel. Mesir menutupnya hampir setiap masa, dan hanya membukanya bagi kes kemanusiaan dua kali seminggu.

Satu perjanjian dipersetujui pada 2005 memberi kuasa sempadan Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin dan Israel, dengan negara Kesatuan Eropah sebagai pemerhati.


Mesir dikecam kerana menutup kawasan sempadan Rafah dan membina tembok bawah tanah dalam usaha menghalang penyeludupan.


Israel mengenakan sekatan terhadap Gaza pada 2007 selepas Hamas merampas wilayah berkenaan daripada Fatah yang disokong negara Barat.


Kebanyakan terowong bawah tanah digunakan untuk membawa masuk ke Gaza barangan keperluan seperti makanan, peralatan rumah, bahan binaan dan haiwan ternakan, tetapi Hamas dan kumpulan bersenjata lain menggunakan terowong rahsia mereka sendiri untuk membawa masuk senjata dan wang. – AFP

Kredit Justice For All

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.