Sunday, May 2, 2010

Umno sudi mengutip pemimpin Pakatan Rakyat yang bermasalah.


Badrul menjadi wakil bebas setelah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat 6 bulan lepas menyertai Umno Jumaat lalu dengan menyerahkan borang ahli kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Harap Badrul Bertanding Lagi, PKR Letak Calon Berwibawa

SHAH ALAM 1 MEI: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu melihat sejauh mana Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan (ADUN) Klang Badrul Hisham mampu berkhidmat kepada rakyat selepas menyertai Umno.

Beliau berharap Badrul yang sebelum ini menjadi ADUN Bebas, akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat yang benar-benar berwibawa.

"Saya berharap beliau bertanding sebagai wakil Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menempatkan seseorang yang lebih canggih dan lebih baik. Terpulang kepada rakyat untuk memilih,” katanya.

Badrul menjadi wakil bebas setelah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat 6 bulan lepas menyertai Umno Jumaat lalu dengan menyerahkan borang ahli kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Khalid juga meminta rakyat sendiri menilai sejauh mana prestasi Badrul sebagai ADUN bawah Umno-BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin turut mengalu-alukan perkembangan terbaru ini dan gembira kerana Umno sudi mengutip pemimpin Pakatan Rakyat yang bermasalah.

“Kita tidak terkejut dengan tindakan beliau (Badrul) dan kita ucapkan terima kasih kerana Umno bersedia menerima pemimpin atau wakil rakyat yang tidak berkualiti seperti itu.

“Ini menunjukkan Badrul keluar PKR dan jadi ADUN Bebas hanya sementara. Hari ini membuktikan bahawa Badrul sebenarnya mahu kembali kepada Umno dan mendapat ganjaran dan tawaran.

"Sebab itu kita dalam PKR tidak berasa tergugat dan terkesan,” katanya.

TVSelangor

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.