Wednesday, May 12, 2010

SPRM digesa siasat 'iklan Rosmah' di Amerika Syarikat 'New York Times'

Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Berita selanjutnya

Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat iklan mahal tentang isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam sebuah akhbar terkenal Amerika Syarikat New York Times.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mempersoal bagaimana wang yang didakwanya berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar itu.

"Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia.

"Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut," katanya.

Sabtu lalu, Zuraida dilaporkan menggesa Rosmah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" (first lady) - satu tindakan yang dianggapnya menderhaka.

Zuraidah dilaporkan merujuk kepada yang disiarkan bulan lalu, yang mengucapkan tahniah kepada "Rosmah, Wanita Pertama Malaysia" sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia".

Dalam satu kenyataan hari ini, Zuraida berkata menjadi tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien.

"Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa," katanya yang juga ahli parlimen Ampang-Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.