Tuesday, May 11, 2010

Seks: Pemimpin politik Turki letak jawatan. Fo Yo Malaysia?

Seks: Pemimpin politik Turki letak jawatan


DENIS BAYKAL (kanan) dikelilingi penyokongnya semasa beliau meninggalkan ibu pejabat partinya di Ankara semalam.


ANKARA - Ketua parti pembangkang utama Turki, Deniz Baykal meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti berkenaan semalam setelah beliau terbabit dalam skandal seks dengan seorang anggota Parlimen wanita yang telah berkahwin.

Denis yang sudah beristeri melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Republik Rakyat (RPP) beberapa hari selepas satu klip video yang dirakamkan secara rahsia menunjukkan dia bersama dengan wanita itu tersebar di Internet.

Pemimpin tersebut memberitahu wartawan bahawa beliau merupakan mangsa komplot pihak pemerintahan yang mahu menjatuhkannya.

Menurutnya, imej hubungan sulit itu tidak mungkin dapat dirakamkan tanpa pengetahuan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

Wanita dalam klip video itu pernah menjadi pembantu Denis sebelum dipilih menjadi anggota Parlimen.

Mengulas mengenai dakwaan Denis, Erdogan dengan nada marah berkata, beliau sendiri telah mengarahkan supaya penyebaran klip video itu di Internet segera disekat kerana menganggap perbuatan tersebut tidak bermoral dan menyalahi nilai-nilai kekeluargaan.

"Dakwaan Denis tidak bermoral. Beliau hanya meracau," kata Erdogan.

"Kami sedih kerana beliau tidak mahu menerima kenyataan," tambahnya.

Klip video itu yang dihantar ke laman perkongsian video YouTube pada minggu lalu menunjukkan seorang lelaki menyerupai Denis sedang memakai seluar dalam di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita yang berada dalam keadaan separuh bogel dipercayai anggota Parlimen wanita itu. - AP- Kosmo

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.