Monday, May 31, 2010

LAGI KES BUANG BAYI - KINI DILETAKAN DI DALAM KOTAK PULA


Sanggup diorang buang anak merata - rata, anak itu dahlah anugerah Tuhan. Orang lagi nak dapat anak, diorang lagi nak buang.





Lelaki dakwa nampak kelibat orang letak objek di hentian bas awal pagi


KULAIJAYA: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, diletakkan di dalam kotak susu sebelum ditinggalkan di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah Munsyi Abdullah, di sini, awal pagi semalam.


Ketika ditemui seorang lelaki kira-kira jam 4.50 pagi, bayi berkenaan masih bernyawa, bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kulai, di sini.

Zulkifli Samsi, 40, yang menemui bayi berkenaan berkata, pada waktu itu dia yang menaiki kereta sedang dalam perjalanan untuk minum di gerai berhampiran rumahnya dan melihat sebuah kereta berhenti di hadapan sekolah berkenaan.


"Dalam keadaan samar-samar, saya melihat kelibat orang keluar dari kereta itu sambil membawa sesuatu. Dalam keadaan kelam kabut, dia meletakkan objek dibawanya di hentian bas berkenaan sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru.


"Kerana ingin tahu, saya kemudian berhenti dan mendapati sebuah kotak susu ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu dibalut dengan kain.


"Tanpa berfikir panjang saya mencapai kotak itu dan masuk ke dalam kereta menuju ke HK. Ketika dirawat, saya dapat melihat jarinya bergerak sebelum disahkan sudah meninggal dunia," katanya di sini, semalam.


Zulkifli berkata, dia berdoa sepanjang perjalanan ke hospital supaya bayi yang masih bertali pusat itu akan dapat hidup.


Katanya, bayi itu meninggal dunia sewaktu azan Subuh sedang berkumandang walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membantunya terus hidup.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


"Siasatan awal mendapati, bayi perempuan dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui dengan masih bertali pusat ketika dirawat dan hanya dibalut menggunakan kain tanpa baju ketika ditinggalkan dalam kotak berkenaan.


"Berikutan itu, kami memohon kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan serta mengesan ibu dan individu bertanggungjawab melakukan perkara tidak berperikemanusiaan itu," katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi talian Hotline Polis Johor 07-2212999 atau 07-6637222 atau terus ke balai polis berhampiran.-Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.