MUHAMAD SAFIUDDIN mengaku bersalah mengebumikan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam pada 12 Mei lalu.
Muhamad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru dan remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di tebing Sungai Malim, antara jam 12 hingga 12.30 tengah hari 12 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, dibaca bersama-sama mengikut Seksyen 34 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latiff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Muhamad Faizal mengenakan jaminan RM2,000 kepada kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun ini bagi menunggu laporan akhlak dan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Terdahulu, Mahmoodah menawarkan jaminan RM10,000 seorang dan penjamin bagi setiap tertuduh. Muhamad Safiuddin bagaimanapun meminta jaminan dikurangkan dengan alasan masih belajar dan meminta diberi peluang terakhir untuk mengubah diri. Remaja perempuan itu mengemukakan permohonan serupa dengan alasan masih belajar dan kini dibesarkan oleh ibu tunggal.
Akhbar semalam melaporkan mereka ditahan selepas ibu pelajar perempuan terbabit membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau pada awal pagi Rabu lalu. Bedah siasat mendapati bayi itu hidup dan cukup sifat ketika dilahirkan selain beberapa kesan lebam pada kepala-Berita Harian
No comments:
Post a Comment
Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.