Saturday, May 15, 2010

Dr Asri: Pelacuran Bakal Dilesen Jika Alasan Lulus Judi Bola Diguna Pakai

gambar bagi berita ini hanya gambar hiasan semata-mata.

SHAH ALAM 15 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin bimbang corak kerajaan pemerintah menangani masalah judi dengan menghalalkannya melalui pemberian lesen judi, suatu hari bakal mendorong pelacuran menjadi industri yang dilesenkan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mendapati trend kerajaan pemerintah kebelakangan ini dilihat lebih gemar bersikap menghalal perkara haram apabila gagal mengekang sesuatu masalah jenayah.

Katanya, amalan kerajaan Umno Barisan Nasional ini bakal membawa keruntuhan institusi keluarga dan merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan-lahan tetapi secara keseluruhan.

Lantaran itu, Dr Asri bimbang wabak judi ini, suatu hari kelak akan mendorong kerajaan pemerintah menghalalkan industri seks atau pelacuran.

"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, maka kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen.

"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah," katanya.

Dr Asri tetap menganggap judi adalah jenayah sama ada ia berlesen mahupun tidak dan menyifatkan motif kerajaan di sebalik apa jua alasan mereka meluluskan lesen judi bola, semata-mata berpaksikan wang ringgit. "Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," katanya. - TVSelangor

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.