Monday, April 19, 2010

SAYA SOKONG KAMALANATHAN - IBRAHIM ALI


"Melayu, Melayu lah. Tapi saya nak tengok pendirian politik beliau. Adakah beliau menyokong PERKASA. Mungkin beliau tidak menyokong," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Menurutnya, beliau menyokong Kamalanathan dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana beliau mengenali ketua penerangan MIC itu.


Presiden PERKASA dakwa terima SMS minta sokong Zaid(Malaysiakini)

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau memberi sokongan kepada calon BN dari MIC, P Kamalanathan itu atas dasar 'kepentingan negara' dan sekaligus menafikan dakwaan beliau mengamalkan sikap perkauman. Menurutnya, beliau ada menerima SMS daripada pihak tertentu yang menggesanya agar menyokong calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim kerana beliau seorang calon berketurunan Melayu.

"Melayu, Melayu lah. Tapi saya nak tengok pendirian politik beliau. Adakah beliau menyokong PERKASA. Mungkin beliau tidak menyokong," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Ibrahim memberitahu demikian dalam satu sidang media selepas berceramah di Batang Kali malam tadi. Menurutnya, beliau menyokong Kamalanathan dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana beliau mengenali ketua penerangan MIC itu. "Saya kenal beliau. Beliau seorang anak muda yang ada visi, dan bercakap pun yang fasih bercakap Melayu.

Saya cukup kagum. Dan beliau juga seorang pengamal perhubungan awam. Ini sesuai menjadi seorang wakil rakyat. "Beliau seorang yang muda dan bertenaga. Beliau tidak mempunyai kontroversi dan tidak membuat kenyataan yang bukan-bukan," katanya.

Selain Zaid dan Kamalanathan, dua lagi calon Bebas menyerahkan borang pencalonan mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.