Thursday, April 1, 2010

YBK Belum Fail Saman Terhadap Kerajaan Selangor

Rutin bercakap kepada media sebelum membuat tindakan, memang menjadi tabiat kebanyakan pimpinan Umno Barisan Nasional dulu kini dan selamanya.


TVSelangor Melaporkan

SHAH ALAM 1 APR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebenarnya belum memfail sebarang saman terhadap kerajaan negeri walaupun sudah membuat pengumuman kepada media.

Rutin bercakap kepada media sebelum membuat tindakan, memang menjadi tabiat kebanyakan pimpinan Umno Barisan Nasional dulu kini dan selamanya.

Ugutan saman itu timbul berikutan kerajaan negeri mengambil semula tanah di Serendah berikutan YBK tidak melunaskan premium tanah berbelas-belas tahun lamanya.

YBK sebaliknya memberi alasan, kononnya membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sedangkan tanah itu terbiar selama ini.

"Dia dikatakan memfail, dia buat pengumuman telah memfailkan apa yang dipanggil ‘sue’ kepada kerajaan negeri tetapi membuat pengumuman kepada media," kata Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Bagaimanapun, Khalid berkata, kerajaan Selangor sudahpun bersiap sedia jika saman itu diteruskan, dengan melantik peguam bagi proses pembelaan kes saman yang dikemukakan YBK itu.

“Kerajaan negeri melantik Edmund Bon dari Chooi & Co untuk mewakili kerajaan negeri dalam kes saman YBK. Kita juga ada Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor,” katanya lagi.





No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.