Sunday, April 18, 2010

Potong bekalan minyak ke Iran, bahana upah Apco


KUALA LUMPUR: Gara-gara percubaan untuk memulihkan imej peribadinya pada mata dunia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat (AS) untuk menekan Republik Islam Iran.

Tindakan kerajaan Malaysia menghentikan bekalan minyak mentah ke Iran seperti diumumkan Najib di Washington sah membuktikan pentadbiran Umno-Barisan Nasional menyertai blok penyokong negara haram Israel.

"Perjanjian kerajaan bersama firma perunding Yahudi, Apco Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran negara turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad kepada Harakah.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia patut malu kepada Venezuela dan Bolivia yang berani menentang hegemoni AS serta Barat dan terus menjalin hubungan dagang dengan Iran.

Bacalagi(sini)

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.