Wednesday, March 10, 2010

TAN SRI HARUS SANI-JEMNPUT KE FORUM KERAJAAN PERPADUAN YANG DIBANGKITKAN SEBELUM INI


IPOH, 10 Mac: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dijemput kepentas forum anjuran Dewan Pemuda PAS Perak bagi menjelaskan isu penubuhan kerajaan perpaduan di Perak yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh berkata Harussani boleh menetapkan tarikh, tempat dan masa mengikut kesesuaian jadual beliau bagi memastikan program itu dapat diadakan.

Manakala PAS jelasnya akan menampilkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang sebagai panel.

Kedua-dua mereka adalah individu yang disebut Harussani sebagai terlibat secara langsung dalam perbincangan pembentukan kerajaan perpaduan itu.

"Bagi bersikap adil, Tan Sri Harussani boleh menjemput seorang lagi panel daripada UMNO untuk bersamanya di dalam forum tersebut, " katanya.

Tan Sri Harussani Zakaria dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) awal minggu lalu, mendakwa PAS Perak angkuh kerana menolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno bagi membentuk kerajaan negeri.

Sehubungan itu kata Salman, forum tersebut adalah medan terbaik untuk Harussani berhujah bersama kepimpinan PAS bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak berharap Tan Sri Harussani akan menerima pentas forum ini untuk menjelaskan sepertimana yang di dakwanya," tambahnya.

Sumber


Ayid: Kita semasa-sama tunggu forum yang manthop ini, adakah ia akan dapat diadakan

3 comments:

  1. AKU SEBENARNYA TAK GEMAR SANGAT KALAU NAK PANGGIL PAK MUFTI NO TAN SRI...

    SBB APA...BILA PANGGIL DGN PANGKAT TINGGI SANGAT NI....MUDAH LUPA DIRI.

    ReplyDelete
  2. Satu cadangan yang baik dari Pemuda pas Perak,disitu semua pihak akan di beri peluang memberikan penjelasan,Semoga x ada lagi pemimpin yang baling batu sembunyi tangan lepas ni.Jangan ada yang tak mengaku kata-kata sendiri sudah lah.

    ReplyDelete
  3. ada branika org tua ni. Bercakap sorang-sorang dgn utusan meloyeeek dia brani la. Pembela UMNO no.1, perangainya sama macam pemuda (pondan) UMNO yg tuduh org macam-macam tapi bila diajak berdebat menikus. pi melingkup la

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.