Sunday, February 14, 2010

NIK AZIZ SARAN ZAHRAIN KOSONGKAN KERUSI MP


KOTA BARU, Feb 14 — Datuk Seri Zahrian Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.


Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.


“Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti


baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji,dekat sini, hari ini.


Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Baca lagi

1 comment:

  1. yang pelik nya ngapa nik ajis tak suruh e.wong kosongkan kerusi DUN dulu...pelik pelik,macam mana lah aku nak sokong pas,kalau pendirian macam ni...

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.