Sunday, February 21, 2010

KP Jakim Pihak pertikai Hukum sebat Pelampau


Penceramah ini pula bagaimana agaknya riaksi Mufti


Beberapa hari yang lalu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam.

''Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

''Kalau hendak diambil kira hukuman enam kali sebatan itu ia begitu ringan sedangkan asalnya 100 kali sebatan terhadap mereka yang melakukan persetubuhan haram manakala 80 kali sebatan terhadap yang minum arak," katanya .

Dan hari ini Perempuan ini telah berkata” walaupun beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang Syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.



Sumber Briged Al-Akhdor LR2


Apa pula Ketua Pengarah JAKIM tentang Isu Sebat tersebut



KUALA LUMPUR, Feb 21 – Pihak-pihak yang menentang undang-undang syariah yang memperuntukkan hukuman sebatan khususnya terhadap kaum wanita, yang menjadi polemik sekarang, merupakan golongan pelampau, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz


Ini Pula komen dari wanita UMNO tentang isu sebat tersebut



Ketua Wanita Umno itu mengakui hakim-hakim Mahkamah Syariah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman disebat tetapi menekankan, merotan wanita adalah isu sensitive.Beliau menambah hukuman sebatan juga memberi ruang kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan mendakwa kaum wanita di negara ini tiada suara



Ini pula komen dari SIS tentang isu sebat tersebut


Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.


SIS berpendapat melaksanakan hukuman sebatan ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.


Petikan dari The Malaysian Insider


Ayid>>Kesimpulan nya siapa yang dimasudkan oleh KP JAKIM yang menentang hukum sebat tersebut yang di anggap beliau sebagai golongan pelampau




3 comments:

  1. golongan yang menentang hukum syariah bukan saja mereka golongan pelampau tetapi mereka golongan yang jahil tentang islam dan tidak menerima petunjuk dari Allah.

    ReplyDelete
  2. SALAM AYID..
    MEREKA YANG TIDAK PATUH KPD HUKUM ALLAH INI DIKATEGORIKAN ORANG YG MURTAD.. KALAU XSOKONG PUN JANGAN MEMPERSENDAKAN ISLAM, CAKAP IKUT SUKA HATI DIA..MEREKA INI LEBIH BAIK LETAK DALAM ZOO NEGARA KAWAN DGN ORANG UTAN..

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.