Monday, February 22, 2010

Isu Royalti: Husam sifatkan pemimpin UMNO = BN Pengecut


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 22 — Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai pengecut selain menyimpan agenda tersendiri kerana enggan membincangkan pertikaian wang royalti menerusi forum umum.


“Kalau dia (BN) rasakan betul terhadap apa yang dipertahankan itu (wang ihsan) kenapa takut sangat? Berapa kali dah kita sebut wajarnya pertikaian itu dibincang dalam satu sesi debat.


“Rakyat ingin tahu kedudukan sebenar perkara ini. Sekurang-kurangnya segala kesulitan dan kekeliruan yang berbangkit dapat dirungkai secara terbuka. Kalau duk main cakap seorang diri begitu bermakna politik namanya,” katanya.


Exco Kerajaan Kelantan itu berkata beliau bersedia untuk menerima hakikat jika pendiriannya dalam mempertahankan tuntutan royalti minyak dipatahkan.


“Biar tentu orang bercakap Husam ‘mapuh’ (tersungkur) dalam debat royalti.

“Tak ada guna menyalak atau berhujah seorang diri begitu.

“Apatah lagi dengan menggunakan seluruh ruang media menafikan hak rakyat,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah umum di pekan Jelawat malam tadi.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas program Ceramah Perdana Royalti Minyak, Antara Politik atau Hakikat anjuran majlis NGO Kelantan yang diadakan Jumaat lepas dan iklan penjelasan isu tersebut yang disiarkan melalui surat khabar.


Baca lagi

1 comment:

  1. salam akhi,

    benda tak betul, tu yang depa takut...xda lagi istilah berani kerana benar dalam BN

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.